Wednesday, July 11, 2007

ahaks

Antara Kerja dan Kain...

Keluhan seorang SUAMI:
Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:
Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain........

nothing to say!!

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih lajui aitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.

Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan tertukar menjadi pemandu lori semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.

Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat, sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Monday, July 9, 2007

Jealous *

Jealous... Jealous...

These people take picture without me...

- michael -

Friday, July 6, 2007

The Action of The GGC














Geng Convex The Movie

Jangan salah anggap.... Ini bukan movie tentang GGC tapi movie tentang GGC pergi tengok Movie. ahakss.. buat sainspend jer (root word is suspend).
Wayang and GGC cannot be desperate. Mereka seolah2 begitu sinonim dan tak antonim.
Malam semalam sekali lagi GGC telah berpakat dan mengaturkan satu plan untuk menyerbu GSC kat Queensbay Mall dengan matlamat ingin tengok wayang. Plan ini diketuai oleh Nana (nama sebenar tapi bukan Nana Tanjung kerana beliau adalah seorang wanita). Rancangan ini telah dirancang dengan teliti dan berkali2 sehinggakan GGC naik feed up menanti rancangan ini berjaya dan ada saksi yang mendakwa bahawa mereka telah menggodam sistem tiket online untuk mendapatkan tempat di pawagam berkenan. Sehingga semalam baru lah GGC menarik nafas lega apbila si Nana dengan kelam kabut mengumumkan pengesahan tarikh yang telah disahkan oleh Majlis GGC untuk menonton wayang (padahal nak cari tiket hari murah.. ahaks. last2 dapat normal price gak) whatever big thanks for Nana yang telah mengusahakan tiket untuk GGC.

What the movie we all watching?
So surprise, Very exited, Too nice and Amazing
That the four word to show how the movie present.
Ini bukan rekaan semata2 tapi ianya sekadar bayangan sains fiksyen.
The movie is TRANSFORMER.
Here, i don't wanna explain about the story mory but i wanna GGC explain about your fell by comment this post.

Thursday, July 5, 2007

Announcement

Attention to all convexian!!
U can update anythings about your portfolio here.
Short, Sharp and Paint.

Wednesday, July 4, 2007

Welcome Back!

Entah.. aku pon tak faham....
Macam banyak sangat kerja yang belum disiapkan,
Macam fakta atau auta kata Fara Fauzana
Macam-macam ader kata Astro.
Tapi macam mana?? memang fakta tapi auta

Macam takder orang lain yang nak tulis menulis,
Macam takder orang lain yang nak menglamorkan diri,
Macam tekder orang lain yang nak cari publisiti murahan..
Entahlah aku pon tak tahu. ahakss. asyik2 aku jer yang kena tulis blog, sah2 aku penulis terbaik di abad ini (perlu ker bg anugerah kat diri sendiri, chooy)
Untuk pengetahuan GGC, nii lah cara nyer yoyoey nak merampas takhta pengurus publisiti.
Nanti satu2 takhta portfolio kat convex akan dirampas oleh yoyoey. ahaks

Nway, semester break will be done. Anybody looking busy this week and date line nak siapkan keseluruhan projek dah nak dekat (ader ker date line?? tak pernak dengaq pon) tapi yang pasti segala tempahan untuk portfolio TDF telah pon ditutup melainkan u all pergi ayat si Wan or yoyoey (gurl not allowed, ahaks.) Masing2 portfolio membusy body kan diri sekali lagi dengan surat-surat yang akan dihantar kepada pelanggan masing2. Very haru biru especially si Din and Ina from Exhibition's Portfolio. Hari2 both of them put the letter in envelop then put it out then put it in then put it out.. entah aper2 entah yang diorang buat. Jangan tension, calm down and go eating.. everything will be okay. Portfolio lain macam biasalah membutakan gaji mereka terutama GGC dari kalangan MT..ahaks (gurau jer.. whatever we respect u all. Because u all still coming and attending your self to taking care of us. walau pon u all have nothing to do but at least kedatangan u all and GGC dapat menggege riuhkan bilik convex dan menghangatkan hari-hari yang dilalui.

Sunday, July 1, 2007

The End of The Day

Sedar tak sedar dah masuk bulan Julai.
We have a week leave before new semester will be start.
GGC pun dah mula beransur balik rumah untuk menghabiskan sisa-sisa cuti they all yang dikorbankan untuk Convex (cayalah u all). Aper2pon selamat jalan GGC ucapkan kepada they all yang balik kampung hari nii. Pagi tadi sempat jugak lah GGC lelaki pergi ronda-ronda sekitar Universiti dan tengok gelagat adik2 junior. Hari ni merupakan hari pertama diorang kat USM. So belajarlah bersungguh2 adik yer, Jangan nakal2 macam GGC. ahaks

Namun dalam kekalutan GGC balik hometown, adelah dua tiga kerat yang tak balik dan sengaja taknak balik sebab nak sambung terus sampai bukak Sem. dan ader jugak yang terpaksa menyiapkan dan menyambung kerja yang konon nyer masih terbengkalai.

Maka dengan tidak rasminya tamatlah gerak kerja sesi ke II convex'o7

What The Geng Convex Do On The Night??




Ini bukan suatu konspirasi,
ini bukan suatu imaginasi,
ini bukan satu halusinasi,
ini bukan fantasi,
dan bukan juga gosip-gosip basi..

Percayalah...
ianya sebuah realiti,
ianya bersih tapi tidak suci,
ianya kasih tapi tidak sayang,
ianya cantik tapi tidak manis,
ianya nafsu tapi tidak lesu....

Bukan nak mengungkit tapi nak berbangkit. Ini lah perkara yang cuba dirungkaikan dan dikusutkan semula oleh sorang yang menggelarkan dirinya penyiasat EDISI CONVEX.
Kemana menghilangnya GGC pada waktu malam?? Persoalan demi persoalan yang timbul akibat keraguan kelakuan GGC di malam hari, sebuah badan penyiasat persendirian telah ditugaskan khas untuk memecahlobangkan bebudak convex ini. Untuk laporan yang lebih lanjut, ikuti penulisan yang dirakamkan oleh yoyoey (bukan nama sebenar).



Pada malam hari, kemana hilangnya GGC?? pertanyaan demi pertanyaan, persoalan demi persoalan. Melacurkah mereka?? atau merempit?? atau mengedar dadah?? atau berjaja di lorong-lorong?? ini persolan dan pertanyaan yang sering berlegar beterbangan di seluruh ruang-ruang angkasa dan atmosfera benak ini. Ianya seolah-oleah mencabar minda dan kewibawaan pemikiran normal seseorang manusia. Normal ker mak?? ahaks!

Namun, aper-aper pon persoalan yang timbul segala-galanya telah terbongkar dan terpecah lobang. Ape tak nyer, baru-baru ini crew-crew kami telah terserempak dengan GGC yang sedang melakukan aktiviti haram dan terlarang ini. Tak lain dan tak bukan malah tak betul dan tak benar, crew2 kami sempat merakamkan aksi-aksi melacur dan merempit GGC. Kata seorang saksi yang tidak mahu namanya disiarkan " mereka biasanya melacur di kawasan area Khalel dan Berkat manakala waktu puncak pula biasanya mereka akan menjaja kat Open Gim yang terletak nun jauh di Saujana" begitulah kata-kata pak cik yang tidak mahu dikenali dengan gelaran pakcik. Selepas melalui pembedahan siasat dan diagnosis, didapati aktiviti pelacuran mereka berkisar kepada masalah dan gangguan yang dihadapi dalam gerak kerja convex (eksyen busy lah especially bebudak protokol, macam lah portfolio lain takder kerja nak bincang pasal kerja masa rehat) ahaks.. Semasa melacur, GGC ini juga disyaki bermain passing2 selipar dan membuat gaya ghairah dengan perlatan Gim serta bermain usik2 lipas (eee geli nyer..) tak lupe juga ader yang beraksi meliut lentok menunjukkan aksi kepondanan masing-masing. They all ingat gim tuu bapak convex diorang punya sehingga dikatakan mengganggu pasangan yang konon2nyer romantic yang sama2 melacur bersama diorang. Perkara ini dikatakan oleh penduduk tempatan telah berlangsung sekian lama dan tiada tanda-tanda ingin berhenti. Mana tak nyer, selepas mengalel dan memberkati diri, takder tempat lain dah yang kami nak pergi lepak kalau bukan pusat pelacuran tersebut. oopss kami?? ahaks.. Tapi adalah jarang-jarang dan kadang-kadang pergi tengok wayang or lepak at Sea Gate.

Anyway thanks and congratulation to convaxian.
U don't bring the job pressure to home..
U don't bring the stress problems to home..
That why we love u all..
Time to enjoy, leave your jobs..
Time to work, put the enjoy..
Stress less, pressure down.
Love your self.

Akhir kata dari saya, gunalah cara hidup sihat.
ttuutt.. melaporkan untuk EDISI CONVEX.


Friday, June 29, 2007

Gosip-gosip Convexian on the Night

Beberape statement telah berlalu.. yang paling penting dan perlu di highlight kat sini Anakmu anakku jua.. ini lah antara gosip-gosip convex bebudak lelaki yang kini hangat melanda Hakim and Hapis (bukan nama sebenar). Ini lah antara statement yang menyentuh naluri kalbu batin dan zahirku. Terbaru, tolong jaga laki kau jangan sampai kacau bini orang.. oopss bini orang?? sape laki hang Hapis dan sape laki aku tuu?? Very the statement, tak sangka mak! Biasalah kalau dah tension pasal kerja takkan balik bilik pon nak cakap pasal kerja, balik kat bilik pon best gak bergosip-gosip dan berspekulasi. Bukan tuu jer statement yang dikeluarkan oleh couple yang highest controversi tuu malah segala macam mak nenek pasal keterlanjuran diorang terbongkar malam tuu. Ala-ala edisi siasat lah pulak. Dah lama aku praktis ngan dia, naik muak aku... arghh!! statement aper tuu Hapis?? (ooppss tersalah sebut nama lah pulak!). Ko dah lama tak bilik mana nak tau bilik panas ker sejuk??. Ko cakap statement ni kat sape Pih? Very the controversi lah u all nii. Naik takut mak. Last-Last tak terkata si Hakim tuu dan tertidur terus akibat tergosip ngan si Apiss tuu, mana tak nyer takut terkeluar statement yang tak patut didengar oleh masyarakat umum. Biasalah kes 18SG lah nii... ahaks oklah, Gud Nite Kim and sweet dreams.

Nway... untuk pengetahuan all GGC, gosip-gosip ni bukanlah rekaan semata-mata tapi ciptaan seadanya oleh convexian2 lelaki. oopss lelaki ker mak? statement gitu. So kepada convexian yang terkena gosip2 liar tuu terima lah seadanya dah nama pon gosip, lama2 hilang gak diterbangkan angin ahmar atau dibawa tsunami. Bersabarlah banyak2 Kim sebab saat keglamoran hang akan pudar jugak nanti. Dont think u always on the top sebab masih banyak lagi nama-nama convexian yang akan mengalami fenomena gosip bergosip nii. Masih banyak nama-nama ternama yang belum di pecah lobangkan. Bukan u all tak tahu dengan nama2 seperti Shafa, Nana, Ayu, Chin Yuu, Avy, Din, Micheal dan tak tersebut lagi yang akan melonjak ke zaman keglamoran nanti. Kiter tunggu dan lihat apakah gosip2 yang akan mereka hadapi. Biasalah aku kan anak didik Astro, so semua benda ader kat dalam kepala otak yang satu ini. Dari citer2 seram sampailah ke citer2 perang yang macam transformer tuu... semuanya akan di tokok tambah dan diputar belit oleh aku. ahakss. Ok lah dah penat aku siter pasal gosip2 ttuut... dahlah dia sumpah aku tak dapat 3 pointer sem depan huhu. Tapi tak kemana nyer kalu kiter berusaha dan terus berusaha tuup tupp dapat 4 flex. ahakss

Citer pasal gosip nii memang banyak tapi kuantiti saje tak cukup dan yang paling penting kualiti pon kena lah jaga gak. So atas tindakan relevan, aku tak akan menggosipkan GGC dalam satu topic ni jer sebab aku nak biar citer2 gosip ni menjadi tanda tanya dan lebih suprise serta dramatik. Oleh hal yang demikian, untuk mengetahui cerita gosip GGC yang selanjutnya perlu lah u all tunggu for the next topic atau u all tulis sendiri dalam blog ni.

Tulis sendiri?? macam mana nak tulis?? boleh posting ker?? boleh masuk ker dalam blog ni?? ishk3.. banyak spekulasi lah pulak. So untuk kegembiraan bersama GGC bergosip, mulai sekarang aku dah bukak blog ni kepada semua GGC untuk menulis aper sajer gosip2 dan yang paling penting pasal pengalaman dan informasi tentang gerak kerja GGC. Bersatu kiter mengandung bercerai kiter naik court. opss tersasul.. pandai2lah u all betulkan. Untuk tujuan yang murni ini korang bolehlah Sign in ke blog ini menggunakan alamat email rasmi convex sebagai user id dan paswood email convex sebagai paswood blog ni.

User Id : convex07_usm@yahoo.com.my
Paswood : ----u all tau kan ( x blh publish sebab blog ni general)-------

So aku nak ucapkan gud luck dan jutaan terima kasih kepada GGC semua atas sokongan penubuhan blog ni dan yang paling penting jangan asyik membaca dan menulis blog jer.... kerja bertambun-tambun tak buat. Bukan nak perli tapi nak arah: PERGI BUAT KERJA ANDA SEKARANG. Bak kata Portfolio Protokol, KURANGKAN KONTROVERSI TINGKATKAN PRODUKTIVITI (tapi diorang copy ayat Fafau ngan Wahid dalam Melodi TV3.. ahaks kantoi)